Madrasah Mazahirul Ulum ( MMU ) telah ditubuhkan pada awal Januari 2002 dengan nama Madrasah Tahfizul Quran Nurul Huda. Awal penubuhan madrasah secara tidak rasmi telah beroperasi selama 8 tahun sebelum didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri pada 06hb Januari 2010.
Tanggal 21 hb. Mei 2009, pihak pengurusan madrasah telah mengadakan mesyuarat pertamanya bagi melantik pengurusan ahli jawatankuasa baru untuk didaftarkan di bawah jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.
Bermula dengan pelajar seramai 7 orang dan 2 orang tenaga pengajar, kini telah berkembang kepada 246 orang pelajar termasuk pelajar dari luar negara seperti Cambodia, Vietnam, Thailand dan Canada dengan 30 orang tenaga pengajar.
.
Untuk mewujudkan insan yang beriman, berilmu, bertaqwa serta cinta kepada Allah S.W.T. dan melengkapkan sifat-sifat dai’e yang sepatutnya perlu ada pada setiap diri muslim.
Semoga dengan hasil daripada wujudnya Madrasah Mazahirul Ulum ini maka akan zahirlah sumber pancaran nur Al Quran dan Nur Hadis di seluruh permukaan alam dan akan mendorong umat ini untuk mentaati keseluruhan perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T. dengan cara yang ditunjuk ajar (sunnah) Baginda Nabi S.A.W.
Untuk merealisasikan sebahagian hasrat ibubapa yang berkemahuan untuk menjadikan anak-anak mereka hafiz-hafiz Al Quran dan alim ulamak serta soleh dalam erti kata yang sebenarnya.
Matlamat M.M.U